8 Cara Galakkan Anak Berkongsi Cerita & Jadi Kawan Baik Anda

Anda ada masalah untuk membuatkan anak anak berkongsi cerita suke dan duke mereka? Alahai, kecil kecil dah pandai simpan rahsia dari mak ayah. Dah besar macam mana tu?

Ini satu tanda tidak baik.

Jika mereka tidak suka kongsi dengan tuan & puan, akan ada orang diluar sana yang akan menjadi pendengarnya. Apa jadi sekiranya orang ini memberikan nasihat yang salah?

Bukankah ia tidak bagus untuk anak kita? Jadi, kita sebagai ibu bapa mesti belajar teknik mendengar yang betul. Disini kami berikan 8 cara untuk anak seronok berkongsi dengan kita. Sampai kita jadi BFF ( Best Friend Forever) mereka. 

Mestilah nak kan? Kita mulakan bersama sama. Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)


Ini senarai 8 Cara Untuk Anak Seronok Bercerita Dengan KITA macam KAWAN BAIK. Semoga bermanfaat. Klik semua gambar dibawah untuk eratkan hubungan dengan anak anda. Like jika anda belajar sesuatu dari pos ini. (y) Komen & share kepada suami & isteri anda. Semoga bermanfaat :) :v <3

Tiada ibu bapa yang sempurna. Hanya ibu bapa yang belajar memperbaiki diri akan menghampiri kesempurnaan.

Jika sebarang soalan anda dijawab dengan sepatah perkataan.

Krik.. Krikk 


Latih diri kita dengan 8 senjata ini.

1. Pasang Telinga & Tutup Mulut Anda

Cuba ingat semula, pernah tak bila anda bertanya pada anak anak.

Mereka jawab acuh tak acuh saja. 

"Entahlah".. "Tak tahu" dan sebagainya.

Adakan?

Cadangan cadangan ini sangat kecil pada pandangan kita. Tetapi sangat berkesan pada mereka.

Pasang telinga semasa mereka bercakap. Jangan mencelah & pandang rupa mereka.

Letakkan gajet di tangan anda & beri perhatian kepada mereka.

Anak anak mahu untuk didengari. Mereka mahu difahami. 

Jika kita terburu buru memberikan pandangan tanpa membiarkan mereka habis bercakap. Dan tanpa memberikan tumpuan pada mereka, mereka akan berasa tidak dihargai.

Begitu.

Skil ini sangat mudah bukan? Tetapi sangat sukar di laksanakan. Ketap gigi anda dan dengar sampai habis.

Anggukkan kepala anda dan lihat mereka. Mereka dapat rasa kita meberikan perhatian dan akan teruskan bercakap.

Selamat mencuba tips 1. Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)

2. Jangan Beri Nasihat Melainkan Diminta

Antara rungutan paling banyak didengari dari anak anak kita ialah
"Mak & ayah tak faham"

Tak faham? Sedangkan kita pun pernah jadi kanak kanak. Mestilah kita faham. kalau mereka ikut nasihat kita, selesai semua masalah.

Betul?

Dalam dunia yang sempurna mungkin ya. Tetapi anak anak kita tidak begitu.

Contohnya, rakan sekelas anak kita disekolah menganggunya atas sebab tertentu. Kita terus menyampuk. "Esok mak telefon cikgu"

Ini sebenarnya tidak membantu menyelesaikan masalah. Cuba dengar sampai habis dahulu. Biarkan anak bercerita sampai habis.

Selepas itu, tanya kepada mereka.

"Apa yang sayang cadang nak buat dengan masalah ni?"

Biar mereka bercerita. Kemudian, jika anda ada cadangan yang lebih baik. Cuba gunakan ayat ini..

"Mungkin ada cara lain yang lebih baik" Bargantung pada respon mereka. Baru berikan nasihat anda.

Balik kepada skil no 1 tadi. Pasang telinga. Ketap mulut.

Bila mereka dah habis bercerita. Dan bertanya kepada kita, barulah kita berikan nasihat.

Skil no 2. Beri nasihat apabila diminta. Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)

3. Masukkan Unsur Emosi Dalam Jawapan Anda

Sedikit perubahan akan memberikan impak yang besar.
Perubahan? Impak?

Ubah sedikit cara kita menyoal anak anak. Jangan berikan soalan secara terus kepada anak.

Tambah unsur emosi dihadapan soalan.

Contohnya.

Anak anda datang mengadu tentang perselisihannya denga kawan disekolah.

Jangan tanya:

"Apa dia buat?"

Ubah kepada

"Marahnya anak mak, apa agaknya dia dah buat?"

Perubahan kecil ini sangat besar kesannya.

Umpama kita sedang bertanyakan soalan dengan jawapan "Ya" atau "Tidak" dan dibandingkan dengan soalan subjektif.

Tak cuba tak tahu kan? Ini perkongsian dari pakar terapi pertuturan. Mereka lagi banyak berhadapan dengan kerenah kanak kanak seharian kan? Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini 

4. Wujudkan Suasana Yang Selesa

Suasana yang sesuai akan memudahkan lagi anak anda untuk berkongsi cerita.

Elakkan tempat yang banyak gangguan & bunyi bising.

Seeloknya carilah tempat yang sunyi. Mungkin anda boleh belanja anak makan diluar.

Atau pergi bersiar siar ke tempat kesukaannya. Tahukah anda, didalam kenderaan adalah salah satu tempat yang baik untuk berbual bual. 

Didalam kenderaan, semasa anak tidak sihat dan di meja makan adalah tempat yang sesuai untuk memberi nasihat kepada anak anak. Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)

5. Luangkan Masa Berdua Setip Hari Walaupun Sebentar

Jadikan kebiasaan untuk kita sebagai ibu bapa untuk meluangkan sedikit masa berkualiti pada anak anak setiap hari.

Semasa sarapan, pergi menghantar mereka ke sekolah dan semasa makan malam.

Ambil & manfaat setiap peluang yang ada untuk mengeratkan hubungan anda berdua.

Tak semestinya mereka akan berkongsi perasaan setiap hari. Apa yang penting, mereka tahu kita sentiasa ada disisi

Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)


6. Keluar Berdua Setiap Bulan & Jadikan Masa Istimewa

Lanjutan dari tips ke 5. Jika sebelum ini anda luangkan sedikit masa setiap hari untuk anak anda.

Tips ke 6, jadualkan setiap bulan untuk membawa setiap anak anak anda keluar berdua.

Boleh keluar pergi makan ais krim atau isi minyak kereta bersama sama.

Guna kreativiti kita sebagai ibu bapa untuk masa berkualiti ini. Luangkan masa yang lebih lama bagi sesi ini setiap bulan.Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini 

7. Kurangkan Masa Anak Dengan TV & Gadget

Banyak kajian menunjukkan gadget yang dicipta untuk berhubung telah merenggangkan hubungan.

Tetapkan peraturan untuk masa penggunaan gajet di dalam rumah.

Kita sebagai ibu bapa juga wajar menjadi role model. Kurangkan masa bergajet apabila bersama anak anak.

Barulah namanya kepimpinan melalui teladan. Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)

8. Makan Malam Bersama Sama Keluarga

Makan malam bersama sangat berguna untuk bercerita & berkongsi pengalaman yang dilalui hari ini.

Ia bagaikan rumusan tentang apa yang berlaku hari ini.

Amalan orang lama dahulu makan dalam satu dulang sangat bagus untuk dibudayakan semula kerana mengeratkan hubungan.

Ia tidak janggal. Bukankah zaman kini budaya "Shell out" menjadi popular? Apakah bezanya dengan amalan tradisi yang bagus ini?

Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)

Terima kasih kerana membaca sehingga habis. Untuk info dan tips kekeluargaan & keibubapaan yang menarik.
Jemput lawati 

https://www.facebook.com/Ibubijakkeluargasihat/
https://www.facebook.com/Ibubijakkeluargasihat/
https://www.facebook.com/Ibubijakkeluargasihat/

Like & Follow untuk menjadi orang pertama mendapat maklumat terkini.

Tuan & puan juga boleh mencadangkan tajuk yang menarik pada kami. Kami menulis untuk manfaat anda semua.

Insyaallah. Jumpa lagi :)



Subscribe to receive free email updates:

9 Responses to "8 Cara Galakkan Anak Berkongsi Cerita & Jadi Kawan Baik Anda"

  1. Kdg2 jiwa kanak kanak ni susah nk di fahami. Mood mereka up and down... btw... Good sharing...

    ReplyDelete
  2. memang sukar sebenarnya tapi tuler kena usaha juga untuk memperbetulkan sikap kitani... satunya sebab kita sayang sangat anak2 kita terbuai dengan emosi kita dalam mendidik anak2...

    ReplyDelete
  3. Tips yg ada kebenarannya dan kakak percaya semua itu benar memang membantu
    Sebab kakak dpt rasakan itulah yg dulu mak-ayah kita buat cuma dulu tak ada gadjet bagai lagi akrab hubungan..

    ReplyDelete
  4. nice sharing tp gadget tu sukar dipisahkan..huhu

    ReplyDelete
  5. Sebagai ibu kena mainman peranan utk rapatkan hubungan kekeluargaan. Banyak benda yg perlu dibuat. Kurangkan gajet tuh alhamdulillah,boleh dipraktikkan sebab anak anak memg xde gajet.cuma tang tv tuh, time sy tidur diorang pandai buka sendiri

    ReplyDelete
  6. lebih suka buat ank mcm kawan :) rase dekat and tak rase cam mak mak ajar ank pulak

    ReplyDelete
  7. Nice info.
    Ibu adalah teman utk mereka berkongsi cerita.

    ReplyDelete