10 Ilmu Kehidupan Untuk Bekalan Masa Depan Anak Anak Kita

10 Ilmu Kehidupan Untuk Bekalan Masa Depan Anak Anak Kita

Zaman semakin mencabar. Macam mana kita sebagai ibu bapa boleh bantu kuatkan anak anak? Bekalkan Mereka dengan 10 Ilmu Kehidupan Ini. Selamat mencuba. Like & Share jika anda belajar sesuatu dari pos ini.



1. Ilmu Memasak

Ilmu memasak sangat penting dalam kehidupan sekarang. Anak anak kita boleh memasak sendiri di dapaur bila mereka dewasa kelak.

Dapat jimatkan banyak belanja & menyimpan wang untuk melabur dikemudian hari.

Masakan sendiri juga lebih terjamin kebersihan & khasiatnya.

Kedua-dua anak perempuan dan lelaki sangat perlu untuk belajar ilmu ini.

Lelaki yang rajin menolong isteri di rumah akan menjadikan rumah tangga lebih bahagia.

Sebagai ibu bapa, kita boleh meminta anak anak untuk membantu di dapur dari usia muda. 

Mulakan dari kerja yang paling mudah seperti membasuh sayur & menyusun pinggan di meja makan.

Secara beransur-ansur kita akan dapat melihat bahawa anak anak belajar proses memasak dan penyediaan makanan.

Ini akan perlahan lahan sebati & menjadi mudah untuk mereka

Ini sangat baik, kerana dapat menanamkan etika pemakanan sihat dan sopan dari usia muda. 

Jika si ayah dapat menjadi contoh teladan "role model" yang baik kepada anak anak lelaki, lebih mudah untuk semua ini dilakukan.

Bukankah Rasulullah SAW juga banyak membantu isterinya semasa dirumah. 

Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)


2. Ilmu Asas Bercucuk Tanam

Ilmu ini kurang diberi penekanan oleh kita sekarang. Siapa ingat, dahulu atuk nenek & mak ayah kita mengajar kita memanfaatkan tanah untuk bercucuk tanam.

Walaupun hanya sekangkang kera, namun dimanfaatkan sepenuhnya.

Ini adalah kemahiran hidup yang diajar oleh masyarakat negara mahu kepada kanak-kanak mereka untuk belajar menghormati dan menghargai alam semula jadi.

Di zaman ekonomi merosot ini, belajarlah untuk menggunakan taman di belakang rumah kita untuk tujuan ini. 

Anak-anak anda boleh mempelajari kemahiran asas tentang bagaimana cuaca membantu tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan sihat.

Dan bagaimana benih bercambah.

Bagaimana pula para pekebun menghadapi masalah tanaman.

Pokok pokok bunga dan sayur sayuran sangat sesuai untuk ditanam dihalaman rumah.

Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)


3. Ilmu Asas Rawatan Kecemasan

Kanak-kanak kerap melukakan diri sendiri semasa bermain.

Jadi ilmu ini satu kewajipan untuk mereka. 

Belajar untuk menyapu sendiri minyak gamat di kawasan luka & menampal sendiri plaster dikawasan luka.

Tekankan kepentingan untuk membersihkan diri dan tangan sebelum merawat luka.

Siapa tahu, mungkin ini adalah langkah pertama bagi anak anak kita untuk mengejar cita cita sebagai doktor perubatan?

Anakku doktor. Macam best je kan?

Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)


4. Ilmu & Kemahiran Berenang

Berenang adalah satu aktiviti yang banyak kelebihannya.

Ia membantu anak anak kita mengawal pernafasan & mengawal emosi.

Belajar berenang juga sunnah yang dituntut oleh agama islam. Boleh dapat pahala.

Sebab apa?

Anak anda boleh menyelamatkan dirinya & orang lain yang memerlukan bantuan.

Belajar berenang adalah kemahiran hidup yang penting dan ia juga menyeronokkan. 

Anak kita perlu belajar bagaimana untuk berenang walaupun dia tidak tinggal dekat dengan air. 

Berenang akan membakar banyak kalori & mengelakkan anak kita menjadi obes.

Kita semua mahu anak anak yang sihat kan?

Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)


5. Ilmu Menguruskan Kewanagan

Ramai eksekutif muda yang muflis. Terkejutkan?

Walaupun mereka berpelajaran tinggi tetapi tidak pandai menguruskan kewangan.

Kemahiran menguruskan kewangan peribadai adalah satu kemahiran hidup yang paling penting untuk diajar kepada anak-anak kita. 

Ajar mereka nilai wang dan bagaimana untuk menjimatkan wang untuk kegunaan di masa hadapan. 

Kajian telah dibuat, anak anak yang belajar menangguhkan kepuasan akan berjaya dimasa akan datang,

Bimbing mereka dalam menghitung berapa banyak wang yang perlu dibelanjakan dan berapa banyak pula untuk disimpan.

Kemahiran menyimpan dari usia muda akan membantu anak anak untuk masa depan mereka.

Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)


6. Kemahiran Mencuci & Melipat Baju

Ini adalah kemahiran yang elok diajar kepada anak-anak dari kecil. 

Belajar untuk mencuci pakaian mereka sendiri & kemahiran ini sangat berguna untuk mereka apabila pergi bersekolah asrama penuh ataupun kolej. 

Anak kita bukan sahaja akan belajar bagaimana untuk menjaga pakaian mereka sendiri dan lebih menghargai pakaian kesayangan mereka.

Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)


7. Ilmu Kemahiran Hidup & Pertukangan

Jika tuan puan perasan, anak anak kecil mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

Mereka sentiasa tidak sabar-sabar untuk tahu apa yang ada di dalam TV, peti sejuk, mesin basuh, dan lain-lain 

Bantu dan dorong mereka untuk belajar sesuatu dari rasa ingin tahu mereka. 

Kita boleh melibatkan mereka untuk menukar mentol lampu yang sudah tidak berfungsi, cara untuk membaiki sinki tersumbat dan sebagainya.

Sudah tentu dengan kehadiran ibu bapa 

Tetapi jangan lupa untuk membimbing mereka mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa mengendalikan barangan elektronik.

Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)


8. Ilmu Mempertahankan Diri

Budak budak zaman sekarang tak sama dengan zaman kita dahulu.

Kita tidak dapat bersama anak-anak sepanjang masa untuk melindungi mereka daripada perkara yang tidak diingini. 

Selalu peka & kerap bertanya sama ada anak anak kita menjadi mangsa buli rakan sebaya.

Daftarkan mereka dalam kelas mempertahanan diri, contohnya program latihan karate? 

kelas seperti itu bukan sahaja akan membolehkan anak kita untuk mengelakkan serangan secara tiba-tiba, ia juga membantu pembangunan minda dan daya fokus.

Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)


9. Ilmu Menguruskan Masa

Orang yang berjaya sangat menjaga masa.

Jika kita mahukan anak kita berjaya dalam hidup, memang perlu untuk mengajar anak kita cara untuk menguruskan masa yang berkesan dari muda. 

Melentur buluh biar dari rebungnya

Ajar mereka untuk memakai pakaian tanpa bantuan, dan bersedia sebelum ke sekolah.

Beri ganjaran kepada anak anak sekiranya berjaya menyelesaikan kerja rumah dalam masa yang ditetapkan. 

Mereka akan membesar,dan pandai untuk menguruskan masa dengan berkesan.

Cuti sekolah juga sudah dekat, kita sebagai ibu bapa boleh daftarkan mereka dalam kem & bengkel yang bermanfaat.

Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)


10. Ilmu Agama & Akhlak Mulia

Sebenarnya, inilah ilmu yang paling penting dalam hidup. Setinggi manapun mereka belajar.

Sebanyak manapun kejayaan mereka kecapi takkan bermakna jika anak anak kita tidak kenal akan penciptanya.

Didik anak anak kita mengenal Al Quran dan ilmu agama.

Hiasi diri mereka dengan akhlak yang mulia seperti menghormati ibu bapa & amanah dalam menjalankan tugas.

Anak anak sentiasa memerhatikan tindak tanduk kita sebagai ibu bapa.

Like & Share pada suami & isteri jika anda suka pos ini (y)



Mahukan anak anak kita membesar dengan makanan yang sihat & berkhasiat? KLIK untuk baca.



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "10 Ilmu Kehidupan Untuk Bekalan Masa Depan Anak Anak Kita"

Post a Comment