10 Tanda Anak Anda Mempunyai Kawan Toksik! Mesti Elakkan

10 Tanda Anak Anda Mempunyai Kawan Toksik! Mesti Elakkan

Anak kita semakin membesar. Mahu ataupun tidak, mereka akan bergaul & berkawan di luar sana.
Ini bagus untuk mematangkan mereka.

Tapikan, memilih kawan yang betul sangat penting dalam kehidupan. Salah pilih kawan, habis rosak masa depan anak anak kita.

Bukankah Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita mengenai kawan?

Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

المؤمن مرآة أخيه، والمؤمن أخو المؤمن؛ يكف عليه ضيعته، ويحوطه من ورائه

“Seorang Mu’min adalah cermin bagi saudaranya. Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Dia tidak merusak harta miliknya dan menjaga kepentingannya.” 

(Hasan) Ash Shahihah (6/923): [Abu Dawud: 40-Kitab Al Adab, 49-Bab Fin Nashihah].

Apakah tanda anak kita mendapat kawan yang tidak baik? Kawan yang beracun & bersifat toksik?

Klik & lihat 10 tanda tanda ini





Allah SWT juga ada mengingatkan kita tentang dengan siapa kita berkawan & kesannya di akhirat sana.



1. Suka Mengongkong 

Antara tanda anak anda mendapat kawan yang tidak baik ialah, kawan mereka suka mengongkong.

Suka mengongkong?

Ya, semua perlu buat bersama sama. Masuk kelab yang sama. Pergi makan bersama sama.

Dan macam macam lagi.


Tak salah untuk luangkan masa bersama. Asalkan tidak berlebihan. Perlu ada persefahaman dalam berkawan.



2. Tak Benarkan Anak Anda Ada Kawan Lain


Kawan anak anda tidak benarkan sesiapa pun berkawan dengannya melainkannya. 


Biar banyak kawan, supaya fikiran kita lebih matang & mudah bergaul mesra.



Adat berkawan, kita perlu belajar menerima kelebihan & kekurangan rakan.

Kawan yang bersifat toksik akan sentiasa memaksa anak anda untuk melakukan sesuatu yang tidak disukainya.

Contohnya, keluar melepak & ponteng sekolah. Malah mengajar anak anak kita menghisap rokok.

Penting untuk kita selalu meluangkan masa dengan anak anak untuk mendengar kisah mereka di sekolah. 

Adakah anak anak kita kurang suka bercerita dengan kita? Cuba 8 Teknik Menggalakkan Anak Anak Bercerita Seperti #KawanBaik ini.

KLIK >> http://bit.ly/2ehu8aJ



Kawan yang baik akan menjaga aib anak anda. Apa yang baik diterimanya.

Dan yang buruk disimpan rapi.

Kawan toksik bukan sahaja memburuk burukkan anak anda dihadapan rakan rakan lain. 

Malah mereka membuatkan anak anda tertekan dengan gosip gosip liar & kelemahan anak kita.

Banyakkan mendengar & bertanya kepada anak anda tentang kisahnya disekolah.

Ambil tahu siapa kawan baik mereka, & jemput datang kerumah. Perhatikan gelagat rakan anak anda & bahasa tubuhnya.

Sekali lagi, kita perlukan kemahiran untuk mendengar anak anak agar mereka selesa berkongsi cerita. Amalkan 8 Teknik Menggalakkan Anak Bercerita ini.


KLIK >> http://bit.ly/2ehu8aJ



Kawan yang baik akan menjaga perasaan rakannya.
.
Kawan toksik pula suka mempersendakan & memalukan anak kita dihadapan rakan rakan.

Cara anak anda berpakaian. Duduk dimana. Nama mak & ayah semua diejeknya.

Anak kita akan kelihatan tertekan dalam jangka masa panjang. Cuba berbincang dengan anak anda.

Jika perlu, campur tangan anda & guru kelas diperlukan untuk menghentikan gangguan.

Lebih baik jauhkan diri dari kawan toksik ini. Dan cari kawan baru.

Kesannya sangat buruk, anak anda akan kurang selera makan & tumpuan di dalam kelas. Ini menyebabkan mereka kurang khasiat & keciciran.

Ini juga salah satu bentuk buli yang halus.

Kita boleh pujuk anak anak dengan membekalkan makanan kegemaran mereka yang sedap & berkhasiat. 

Dibawah ini terapat 7 Makanan Yang Sihat & Berkhasiat Untuk Anak Pintar & Cerdas. Klik untuk baca


KLIK >> http://bit.ly/2d8GkEH



Belajar mengambil hati adalah perkara yang dipuji. Namun, ini tidak termasuk perkara yang tidak beretika.

Anak kita tidak perlu menipu untuk mengambil hati rakan baiknya.

Kawan yang baik akan dapat menerima teguran dan nasihat dari rakan sekiranya ia betul.

Elakkan dari menjadi pak turut & tiada pendirian seperti lalang yang ditup angin.

Bantu anak anak kita untuk memahami, penting hidup berpendirian & berprinsip.


Jangan biarkan orang lain sewenang wenangnya memperlekehkan harga diri anak kita



Sedar atau tidak, peribadi kita dipengaruhi oleh 10 orang terdekat dalam hidup.

Jika baik 10 orang ini, baiklah kita. Jika sebaliknya, alangkah malangnya.

Dalam sebuah hadis Rasululah saw menjelaskan tentang peranan dan kesan seorang teman dalam sabda baginda saw :

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة

“Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi .

Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, 

Dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.

Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak .” 

(HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)

Kawan anak kita yang bersifat toksik akan meracuni fikiran & akhlak mulia yang telah kita terapkan dirumah.

Anak kita sudah pandai meninggikan suara, berpakaian yang tidak menutup aurat & sebagainya.

Perhatikan tindak tanduk anak anak kita & ambil tindakan awal jika dirasakan perlu.

Kita akan menyesal dikemudian hari. 

Kuncinya adalah dengan mendengar & mendengar. Luangkan masa mendengar luahan hati anak anak kita. Pasti kita akan dapat mengesan perubahan. Lihat 8 Teknik menggalakkan anak bercerita dengan kita seperti kawan baik disini.


KLIK >> http://bit.ly/2ehu8aJ



Orang yang mendatangkan manfaat sangat disayangi mereka disekelilingnya.

Kawan toksik pula tidak suka anak kita lebih berjaya dari dirinya.

Mereka membuatkan keadaan menjadi sukar untuk anak anda disekolah & dimana mana sahaja (Termasuk dimedia sosial)

Tak rugi hilang kawan seperti ini.



Semasa pulang ke rumah setiap hari. Cuba luangkan masa untuk makan malam bersama sama.

Jadikan ia satu tradisi. Kongsi pengalaman masing masing ditempat kerja.

Pasang telinga & dengar pula luahan anak anak tentang kisah mereka disekolah.

Adakah anak anak kita selalu bergaduh dengan rakan yang sama? Berapa kerap mereka bertelagah.

Kawan toksik akan sentiasa marah pada anak anda, walaupun untuk isu yang kecil.

Ini akan mempengaruhi anak kita untuk menjadi pemarah jika dibiarkan berterusan.

Dengar sehingga habis cerita anak kita. Dan beri nasihat sekiranya diminta.

Tunjukkan pada anak, yang keluarga anda akan sentiasa ada di masa susah & senang.

Ini adalah salah satu daripada 8 teknik menggalakkan anak anda seronok bercerita. Klik link dibawah untuk baki 7 lagi teknik, 


KLIK >> http://bit.ly/2ehu8aJ



Ini adalah kemuncak kepada masalah anak kita dengan kawan toksik.

Anak yang dahulunya ceria & sentiasa gembira kini bertukar menjadi pemarah.

Dan suka mengasingkan diri.

Anak kita lebih suka meluangkan masa bersendirian didalam bilik daripada bercerita dengan ibubapa dan adik beradik yang lain.

Elakkan ini dari berterusan.


Atau ia akan memberi kesan negatif pada masa depan anak anak kita.


Subscribe to receive free email updates:

3 Responses to "10 Tanda Anak Anda Mempunyai Kawan Toksik! Mesti Elakkan"

  1. Bukan untuk anak je ni, boleh analisa untuk diri sendiri juga... Mai kalau jumpa org yg negatif ni Mai jauhkan je diri, kalau baik sgt nanti makan diri kita juga merana, cewah..

    ReplyDelete
  2. Dulu pernah dpt kwn toksik.since then ssh nk prcya kat org dh..hahaa..stu mslh plak.

    ReplyDelete
  3. Perkongsian ini bagus.. Kita sebagai ibu bapa memang kena memantau..

    ReplyDelete